Search

Thursday, May 23, 2019

Berpuasa di Perantauan....

Assalamualaikum w.b.t..

pada kali ni aku nak kongsikan tentang bagaimana aku menyambut bulan ramadan pada kali ni.
baiklah,ramadan kali ni merupakan ramadan pertama aku sambut di perantauan.kira nya last aku balik kampung sebulan sebelum ramadan.tipu la kalau tak sedih.Sebabnya tak dapat berbuka bersama-sama keluarga di desa..

Hari pertama ramadan,terpaksa berbuka seorang diri memandangkan kawan-kawan yang lain ada yang balik kampung untuk merasai berbuka puasa bersama keluarga.ramadan di sini tak lah semeriah ramadan di kampung...biasa la,peniaga tak begitu ramai kalau di sekitar kediaman aku tinggal.dua minggu ramadan.peniaga pun makin berkurangan.sebagai pelajar,biasalah..ada masa sempat masak,ada masak tak sempat disebabkan kesibukan.nak pulak hujung-hujung semester,semestinya sibuk dengan projek akhir..

minggu ni merupakan antara minggu yang  terakhir untuk kami siapkan segala projek akhir.Pada bulan puasa macam ni,letih tu tak terasa apabila sibuk menyiapkan segala kerja,sedar-sedar dah pun masuk waktu berbuka.walau macam mana pun,itu ibarat adat di masa muda.berpuasa diperantauan tu perkara biasa bagi semua orang yang berhijrah ke luar negeri.Selain itu,ia juga merupakan satu cabaran yang mengajar kita erti hidup dan mengajar erti dewasa.

Thursday, May 9, 2019

Al Kisah Apartment Bahtera...

Hari ni nak cerita tentang rumah apartment yang kami sewa sejak semester 2.sekarang kami dah semester 6.mungkin ini semester terakhir kami sewa sini.almaklumlah..harga kian melambung tinggi..tapi itu mungkin perkara biasa bagi orang lain.Namun,bagi pelajar-pelajar macam kami agak bermasalah juga lah dari segi kewangan.

Permasalahan sekarang ada,kediaman sekarang banyak kekurangan.antaranya tempat parking yang sempit.kemudian,harga makanan yang semakin mahal,paling teruk adalah lift selalu rosak.buat masa sekarang kedua-dua lift di Blok 3 masih belum diselenggara.agak merbahaya bagi pelahar-pelajar yang pulang lewat malam.bercerita soal keselamatan,memang agak lemah.Sebabnya,Di Apartment Sri Bestari ni pengawal keselamatan cuma ada di bahagian pintu pagar belakang.bagi pintu pagar hadapan tiada pengawal keselamatan bertugas.Walau bagaimanapun,itu lah pengalaman sepanjang belajar disini.

Semester hadapan,saya bakal menghadapi latihan industri di mana saya telah memilih untuk menjalankan latihan industri di tempat kelahiran sendiri.Hal ini disebabkan oleh,permasalahan dalam keluarga.kepada rakan-rakan yang bakal menghadapi latihan industri,selamat maju jaya !!

Masa Suntuk

Assalamualaikum semua..
haii..apa khabar?

maaf,agak lama tak bersiaran untuk menulis sebab sangat-sangat sibuk.Almaklumlah, bagi seorang pelajar,selepas cuti pertengahan semester memang sangat-sangat sibuk.kadang-kadang terlampau stress sampai nangis-nangis kejar masa untuk penghantaran(Submittion).
minggu ni kami sangat sibuk untuk menyiapkan tugasan-tugasan berat iaitu Virtual Reality project,Special Effect dan juga 3D animation.Semua ni sangat merunsingkan hati kami semua.Sebabnya:
    
                        1.masa suntuk
                        2. ambil masa yang lama untuk siap edit.
                        3.Kekangan masa.

Oleh kerana terlampau sibuk,kadang-kadang menyebabkan kami terpaksa untuk berjaga lewat malam.keesokannya kami perlu berhadapan pula dengan kelas pagi.aduh..bayangkan macam mana jadinya kan?..hahah..inilah saja lah kenangan tika meningkat dewasa yang dapat kami ceritakan kepada generasi akan datang pada suatu hari nanti...