Assalamualaikum,haii..
Hari ni kita nak lari tajuk sikit,hari ni aku sedang aku tengah buka laman "Facebook",ternampak pula post berkaitan burung Ababil.
Apa tu Burung Ababil???
Haa burung Ababil tu burung yang Allah s.w.t ciptakan untuk menghancurkan tentera bergajah iaitu tentera Abrahah.
Siapa pulak si Abrahah tu??
Abrahah tu panglima perang dari negeri Yaman,dia sangat digeruni oleh semua orang.Dia seorang yang bengis dan kekuatannya juga sangat dasyat.Akan tetapi,si Abrahah ni sangat sombong dgn kekuatan yang dimilikinya itu.Oleh sebab itu,Allah s.w.t telah menciptakan burung Ababil yang kekuatannya jauh melampaui kekuatan manusia.Burung tersebut juga dikatakan mempunyai warna yang berbeza. Masing-masing dari burung tersebut membawa tiga batu, satu di paruh dan dua di kaki mereka.Burung tersebut dikatakan membawa batu dari neraka dan meleparkan kepada musuh-musuh Allah.dasyatnya kan burung Ababil ni..masha-Allah..
ni lah burung Abibeel tu..Wallahu'alam..
Search
Friday, June 7, 2019
Persiapan raya dah buat ke??..
hai,assalamualaikum semua..
macam biasa,aku jarang update blog ni..sebab sibuk sikit..
well,wani mana pernah tak sibuk.kalau balik kampung lagi la sibuk hihihi...
okay,bercakap soal sibuk,menjelang raya lagi la aku sibuk.sampaikan persiapan raya pun aku tak sempat buat apa-apa.selalu 3 minggu sebelum raya,dah siap dah kuih,dah siap dah tempahan kuih yang pelanggan aku punya.tapi kali ni,memang sangat-sangat tak sempat.sebabnya,aku sibuk dengan tugasan aku.untuk tahun ni aku bagi peluang kepada internship,laluan kepada projek akhir yang berlambak-lambak tu...(walaupun 4 saja projek,still penat beb)..
Bukan tu saja,baju raya pun tak sempat nak pegi cari.Walau macam manapun,hari raya tetap perlu diraikan..SELAMAT HARI RAYA semua!!..
Thursday, May 23, 2019
Berpuasa di Perantauan....
Assalamualaikum w.b.t..
pada kali ni aku nak kongsikan tentang bagaimana aku menyambut bulan ramadan pada kali ni.
baiklah,ramadan kali ni merupakan ramadan pertama aku sambut di perantauan.kira nya last aku balik kampung sebulan sebelum ramadan.tipu la kalau tak sedih.Sebabnya tak dapat berbuka bersama-sama keluarga di desa..
Hari pertama ramadan,terpaksa berbuka seorang diri memandangkan kawan-kawan yang lain ada yang balik kampung untuk merasai berbuka puasa bersama keluarga.ramadan di sini tak lah semeriah ramadan di kampung...biasa la,peniaga tak begitu ramai kalau di sekitar kediaman aku tinggal.dua minggu ramadan.peniaga pun makin berkurangan.sebagai pelajar,biasalah..ada masa sempat masak,ada masak tak sempat disebabkan kesibukan.nak pulak hujung-hujung semester,semestinya sibuk dengan projek akhir..
minggu ni merupakan antara minggu yang terakhir untuk kami siapkan segala projek akhir.Pada bulan puasa macam ni,letih tu tak terasa apabila sibuk menyiapkan segala kerja,sedar-sedar dah pun masuk waktu berbuka.walau macam mana pun,itu ibarat adat di masa muda.berpuasa diperantauan tu perkara biasa bagi semua orang yang berhijrah ke luar negeri.Selain itu,ia juga merupakan satu cabaran yang mengajar kita erti hidup dan mengajar erti dewasa.
Thursday, May 9, 2019
Al Kisah Apartment Bahtera...
Hari ni nak cerita tentang rumah apartment yang kami sewa sejak semester 2.sekarang kami dah semester 6.mungkin ini semester terakhir kami sewa sini.almaklumlah..harga kian melambung tinggi..tapi itu mungkin perkara biasa bagi orang lain.Namun,bagi pelajar-pelajar macam kami agak bermasalah juga lah dari segi kewangan.
Permasalahan sekarang ada,kediaman sekarang banyak kekurangan.antaranya tempat parking yang sempit.kemudian,harga makanan yang semakin mahal,paling teruk adalah lift selalu rosak.buat masa sekarang kedua-dua lift di Blok 3 masih belum diselenggara.agak merbahaya bagi pelahar-pelajar yang pulang lewat malam.bercerita soal keselamatan,memang agak lemah.Sebabnya,Di Apartment Sri Bestari ni pengawal keselamatan cuma ada di bahagian pintu pagar belakang.bagi pintu pagar hadapan tiada pengawal keselamatan bertugas.Walau bagaimanapun,itu lah pengalaman sepanjang belajar disini.
Semester hadapan,saya bakal menghadapi latihan industri di mana saya telah memilih untuk menjalankan latihan industri di tempat kelahiran sendiri.Hal ini disebabkan oleh,permasalahan dalam keluarga.kepada rakan-rakan yang bakal menghadapi latihan industri,selamat maju jaya !!
Masa Suntuk
Assalamualaikum semua..
haii..apa khabar?
maaf,agak lama tak bersiaran untuk menulis sebab sangat-sangat sibuk.Almaklumlah, bagi seorang pelajar,selepas cuti pertengahan semester memang sangat-sangat sibuk.kadang-kadang terlampau stress sampai nangis-nangis kejar masa untuk penghantaran(Submittion).
minggu ni kami sangat sibuk untuk menyiapkan tugasan-tugasan berat iaitu Virtual Reality project,Special Effect dan juga 3D animation.Semua ni sangat merunsingkan hati kami semua.Sebabnya:
1.masa suntuk
2. ambil masa yang lama untuk siap edit.
3.Kekangan masa.
Oleh kerana terlampau sibuk,kadang-kadang menyebabkan kami terpaksa untuk berjaga lewat malam.keesokannya kami perlu berhadapan pula dengan kelas pagi.aduh..bayangkan macam mana jadinya kan?..hahah..inilah saja lah kenangan tika meningkat dewasa yang dapat kami ceritakan kepada generasi akan datang pada suatu hari nanti...

Saturday, April 27, 2019
Ter-PAKSA...
Assalamualaikum semua..Hai-3!!!π
malam ni menulis lewat sikit sebab bagi laluan kepada assignment lain..haaa mesti semua dah tidur kan? It's okay..nanti siang boleh ja baca haa..
Entri kali ni kita nak sambung sikit lagi masa kita sekolah dulu-dulu..APA YANG TERPAKSA TU??
okay..cerita dia macam ni..Saya masuk kelas Multimedia sebab terpaksa dan lagi pun dah tak ada pilihan lain dah pun.sebenarnya,pada mula nya saya memang tak minat IT,design or what else..sebab saya tak suka tengok komputer lama-lama..sakit mata haa.tapi apa boleh buat,teruskan ja..sepanjang berada dalam kelas tu..boleh la..best la jugak sebabnya,kami banyak belajar buat production.saya memang suka production dan saya akan memilih untuk membuat skrip.Masa tu,dah pasang cita-cita nak jadi penulis skrip,takpun jadi pengarah haaaa..hahaha.Hobi tu diteruskan sampai la dah penghujung tingkatan 5..Then,result keluar.keputusan pun boleh laa..tak ada yang gagal pun.cuma agak kecewa sebab target tak tercapai.itu saja.niat dihati nak masuk maktab.nak jadi cikgu kononnya.akhirnya masuk tingkatan 6 ja.Maka,,,,di situ lah saya pilih untuk bersungguh-sungguh untuk dapatkan tiket masuk U.Masa tu tv pun memang tak tengok dah la..haha..pada saat tu lah otak ni lebih suka kepada benda teori.Dulu suka melukis,tapi hobi terhalang oleh abah sendiri.jadi,saya tinggal hobi tu.jadi budak baik pulak(Acah jaaa).skema pulak rasa bila asyik dengan buku.pi mana pun dengan buku.tapi tu laaa..setakat mana kita usaha,itu lah yang kita dapat.
Pesanan:
Jangan terlalu paksa diri untuk benda yang agak sukar untuk kita lakukan.Buat atas kemampuan diri..jangan ikut orang.Belajar selagi boleh.Ilmu Allah tu luas.teroka lah setakat mana mampu.

Friday, April 26, 2019
Aku Bukan lah siapa-siapa....
Hi semua..
Tajuk pada kali ini bunyi nya agak senduππ
Okay cerita dia macam ni...
Masa sekolah dulu..Saya ni bukanlah pelajar yang menjadi harapan sekolah dan cikgu-cikgu..
mana tak nya,sibuk dengan aktiviti lain.belajar pun tak sangat.bila bermula ja waktu pengajaran dan pelajaran,saya akan cari akal untuk keluar dari kelas..pelbagai idea saya fikir dan pelbagai cara saya lakukan untuk keluar dari kelas terutamanya sewaktu kelas matematik..maklumlah..dah nama pun x minat,nak belajar apa la lagi..haha..
Tapi sekarang???hahaha menyesal pun tak guna ok..
Baiklah.."Aku Bukanlah Siapa-siapa" ..Saya memang kekal di kelas paling atas,senang cerita kelas budak-budak pandai laa..hakikatnya tak pun.kiranya masih kekal dalam kelas tu mungkin nasib lah,kalau ikutkan tu memang kena keluar dari kelas tu dah,hihihi..
Semasa PMR(masa tu tahun 2011 masih lagi ada sistem ujian ni),keputusan jatuh drastik.memang jadi bualan guru-guru.Sebab??banyak main-main sedangkan masa tu tengah menyandang banyak jawatan(dulu sangat-sangat aktif.tak percaya p tnya mak abah haa).Sekali pencapaian drop.Selang berapa bulan,sekolah buka semula.bagi pelajar lepasan PMR macam kami memang kena berkumpul selepas perhimpunan.sebabnya,cikgu-cikgu nak bahagi kelas mengikut keputusan PMR tu..yang mana cemerlang,masuk la kelas Sains Tulen..yang mana memberansangkan tu,masuk kelas Akaun.Kelas Akaun saya taknak..sebab..Cikgu dia tu seramm..garang sihh..dia ajar akaun.Suara dia kalau dari bangunan sebelah pun boleh dengar.fuhhh..
kemudian,bila dah tengok seorang demi seorang keluar,saya ni dah mula gelabah.sebabnya tinggal saya ja yang dari kelas atas belum ditempatkan dalam mana-mana kelas lg..cuma tinggal peluang untuk masuk kelas Multimedia ja..tu ja harapan dan pilihan terakhir.Saya dengan berani ni,melangkah ke depan,tunjuk keputusan PMR tu..Cikgu suruh saya masuk 4Multimedia..huhh lega akhirnya.
dalam hati masa tu
"Mujoq lagi..kalau dak kena duduk kelas sains sosial.malu aku..dari kelas atas kena masuk kelas belakang !"
Mula pada saat tu lah saya nekad nak perubah.nak belajar betul-betul.saya dah taknak main-main lagi.sebab saya dah mula pikir pentingnya ilmu untuk masa depan.kalau tak lulus nanti mana saya pergi lepas ni?? apa nasib keluarga saya kalau saya tak bersungguh-sungguh pada masa tu?? Tak kesian dekat ayah yang berhempas pulas bekerja??
macam-macam bermain dalam fikiran masa tu..sampai sekarang alhamdulillah..
nanti kita sambung di bahagian seterusnya iaitu semasa SPM!..

![]() |
| gigih siapkan kerja sekolah..insaf.kamera kat depan dah x peduli..haha |
nanti kita sambung di bahagian seterusnya iaitu semasa SPM!..
Terima kasih CikguUUUU!!!
assalamualaikum w.b.t semua sahabat-sahabat sekalian..
pertama sekali beribu kemaafan saya pohonkan kerana agak lama tidak mengemaskini blog saya.Blog ini bukan sahaja merupakan catatan harian saya,malahan turut menjadi sebahagian dari tugasan di dalam subjek pembangunan laman web..
baiklah,kita sambung semula kisah perjalanan hidup saya sebagai seorang pelajar.pada kali ini,kita akan beralih kepada kisah ketika memasuki ke alam sekolah menengah.semasa dalam proses untuk memasuki ke sekolah menengah,tidak terdapat banyak cabaran pun..cuma nya,pada ketika itu,saya turut mendapat tawaran ke sekolah aliran agama.tetapi,memandangkan saya lebih gemar untuk bergiat aktif dalam sukan,saya telah memilih untuk memasuki ke sekolah harian biasa yang agak tidak jauh daripada rumah saya.Sekolah tersebut terletak di sebuah kawasan tanaman padi(memang dikelilingi dengan sawah padi dan agak pedalaman.akan tetapi,sekolah tersebut tetap menjadi sekolah yang agak cemerlang pencapaianya di kalangan sekolah harian biasa yang lain.
gambar di atas ni,itu lah sekolah saya..dan di dalam gambar tersebut juga terdapat beberapa guru yang pernah mengajar saya sehingga saya menjadi siapa saya sekarang..alhamdulillah,doa semua guru-guru turut mengiringi perjalanan hidup saya..terima kasih cikgu di atas segala jasa dan bimbingan yang dicurahkan semua ni.hanya Allah s.w.t sahaja yang dapat membalas segala bakti guru-guruku sekalian..
Di sini,bermula lah langkah saya sebagai seorang remaja yang meningkat dewasa.Tahun demi tahun saya menjalani perjalanan hidup saya dengan penuh cabaran.Suka duka,gurau dan tawa mengiringi dengan masa yang pantas berlalu.ππ
Thursday, March 21, 2019
Haii,Assalamualaikum semua...
Pada hari jumaat yang penuh barokah ni saya mendoakan agar semuanya dikurniakan kesihatan yang baik,rezeki yang melimpah ruah,dipermudahkan segala urusan dan dan sentiasa berada dalam lindungan-Nya.Sesungguhnya hidup ini penuh dengan cabaran dan dugaan.Namun,sebagai hamba-Nya haruslah kuat dan tabah dalam mengharungi segala ujian dari-Nya.Saya mulakan entri saya dengan sedikit cerita berkaitan diri saya ketika dalam proses meningkat dewasa yang bermula dari alam persekolahan sehinggalah ke peringkat Univerisiti.Suka untuk saya kongsikan kisah saya yang bermula seawal usia 5tahun.Pada ketika itu,saya telah memasuki sebuah Taman Didikan Kanak-kanak(TABIKA)islam.Sewaktu di sana saya sekadar mempelari perkara-perkara asas sahaja dan selebihnya bermain sahaja bersama rakan-rakan..hahahaha..Kemudian pada usia 6 tahun,saya telah berpindah ke TABIKA KEMAS.Proses pembelajaran yang sama juga saya ikuti sepanjanng umur 6 tahun itu.Kemudian,pada usia 7 tahun saya telah memasuki ke Sekolah Kebangsaan Dato'Wan Ahmad iaitu antara sebuah sekolah yang agak lama ditubuhkan.Ketika usia 7 tahun itu,saya mengalami masalah dalam membaca dan menulis.Setiap kali waktu pulang,saya dan beberapa rakan lain akan dikuarantikan seketika di dalam bilik darjah bagi sesi kelas tambahan untuk pelajar-pelajar yang mengalami masalah membaca.Kemudian,tidak berapa lama kemudian,saya sekali lagi dihantar ke kelas pemulihan.Pada masa itu,saya merasakan diri saya teruk sangat kerana dihantar masuk ke kelas tersebut.Di dalam pendidikan,saya mengalami pencapaian yang tidak seimbang iaitu pencapaian naik turun.Adakalanya berada di kelas atas dan adakalanya berada di kelas bawah(belakang laaa).Namun,setelah memasuki tahun 5,saya mula melakukan pencapaian yang kekal.Meskipun berada di kelas atas atau cemerlang,pencapaian masih belum memuaskan.Walau bagaimanapun saya tetap berterima kasih terhadap guru-guru yang selalu memberi semangat dan dorongan sepanjang saya berada di sekolah tersebut...

Subscribe to:
Posts (Atom)