Search

Thursday, March 21, 2019

Haii,Assalamualaikum semua...

Pada hari jumaat yang penuh barokah ni saya mendoakan agar semuanya dikurniakan kesihatan yang baik,rezeki yang melimpah ruah,dipermudahkan segala urusan dan dan sentiasa berada dalam lindungan-Nya.Sesungguhnya hidup ini penuh dengan cabaran dan dugaan.Namun,sebagai hamba-Nya haruslah kuat dan tabah dalam mengharungi segala ujian dari-Nya.Saya mulakan entri saya dengan sedikit cerita berkaitan diri saya ketika dalam proses meningkat dewasa yang bermula dari alam persekolahan sehinggalah ke peringkat Univerisiti.Suka untuk saya kongsikan kisah saya yang bermula seawal usia 5tahun.Pada ketika itu,saya telah memasuki sebuah Taman Didikan Kanak-kanak(TABIKA)islam.Sewaktu di sana saya sekadar mempelari perkara-perkara asas sahaja dan selebihnya bermain sahaja bersama rakan-rakan..hahahaha..Kemudian pada usia 6 tahun,saya telah berpindah ke TABIKA KEMAS.Proses pembelajaran yang sama juga saya ikuti sepanjanng umur 6 tahun itu.Kemudian,pada usia 7 tahun saya telah memasuki ke Sekolah Kebangsaan Dato'Wan Ahmad iaitu antara sebuah sekolah yang agak lama ditubuhkan.Ketika usia 7 tahun itu,saya mengalami masalah dalam membaca dan menulis.Setiap kali waktu pulang,saya dan beberapa rakan lain akan dikuarantikan seketika di dalam bilik darjah bagi sesi kelas tambahan untuk pelajar-pelajar yang mengalami masalah membaca.Kemudian,tidak berapa lama kemudian,saya sekali lagi dihantar ke kelas pemulihan.Pada masa itu,saya merasakan diri saya teruk sangat kerana dihantar masuk ke kelas tersebut.Di dalam pendidikan,saya mengalami pencapaian yang tidak seimbang iaitu pencapaian naik turun.Adakalanya berada di kelas atas dan adakalanya berada di kelas bawah(belakang laaa).Namun,setelah memasuki tahun 5,saya mula melakukan pencapaian yang kekal.Meskipun berada di kelas atas atau cemerlang,pencapaian masih belum memuaskan.Walau bagaimanapun saya tetap berterima kasih terhadap guru-guru yang selalu memberi semangat dan dorongan sepanjang saya berada di sekolah tersebut...

No comments:

Post a Comment