Search

Friday, April 26, 2019

Terima kasih CikguUUUU!!!



assalamualaikum w.b.t semua sahabat-sahabat sekalian..

pertama sekali beribu kemaafan saya pohonkan kerana agak lama tidak mengemaskini blog saya.Blog ini bukan sahaja merupakan catatan harian saya,malahan turut menjadi sebahagian dari tugasan di dalam subjek pembangunan laman web..

baiklah,kita sambung semula kisah perjalanan hidup saya sebagai seorang pelajar.pada kali ini,kita akan beralih kepada kisah ketika memasuki ke alam sekolah menengah.semasa dalam proses untuk memasuki ke sekolah menengah,tidak terdapat banyak cabaran pun..cuma nya,pada ketika itu,saya turut mendapat tawaran ke sekolah aliran agama.tetapi,memandangkan saya lebih gemar untuk bergiat aktif dalam sukan,saya telah memilih untuk memasuki ke sekolah harian biasa yang agak tidak jauh daripada rumah saya.Sekolah tersebut terletak di sebuah kawasan tanaman padi(memang dikelilingi dengan sawah padi dan agak pedalaman.akan tetapi,sekolah tersebut tetap menjadi sekolah yang agak cemerlang pencapaianya di kalangan sekolah harian biasa yang lain.
Image may contain: 1 person, standing, crowd and outdoor


gambar di atas ni,itu lah sekolah saya..dan di dalam gambar tersebut juga terdapat beberapa guru yang pernah mengajar saya sehingga saya menjadi siapa saya sekarang..alhamdulillah,doa semua guru-guru turut mengiringi perjalanan hidup saya..terima kasih cikgu di atas segala jasa dan bimbingan yang dicurahkan semua ni.hanya Allah s.w.t sahaja yang dapat membalas segala bakti guru-guruku sekalian..

Di sini,bermula lah langkah saya sebagai seorang remaja yang meningkat dewasa.Tahun demi tahun saya menjalani perjalanan hidup saya dengan penuh cabaran.Suka duka,gurau dan tawa mengiringi dengan masa yang pantas berlalu.💗💗











No comments:

Post a Comment