Search

Friday, April 26, 2019

Aku Bukan lah siapa-siapa....

Hi semua..

Tajuk pada kali ini bunyi nya agak sendu๐Ÿ˜๐Ÿ˜‚


Okay cerita dia macam ni...


Masa sekolah dulu..Saya ni bukanlah pelajar yang menjadi harapan sekolah dan cikgu-cikgu..

mana tak nya,sibuk dengan aktiviti lain.belajar pun tak sangat.bila bermula ja waktu pengajaran dan pelajaran,saya akan cari akal untuk keluar dari kelas..pelbagai idea saya fikir dan pelbagai cara saya lakukan untuk keluar dari kelas terutamanya sewaktu kelas matematik..maklumlah..dah nama pun x minat,nak belajar apa la lagi..haha..
Tapi sekarang???hahaha menyesal pun tak guna ok..

Baiklah.."Aku Bukanlah Siapa-siapa" ..Saya memang kekal di kelas paling atas,senang cerita kelas budak-budak pandai laa..hakikatnya tak pun.kiranya masih kekal dalam kelas tu mungkin nasib lah,kalau ikutkan tu memang kena keluar dari kelas tu dah,hihihi..

Semasa PMR(masa tu tahun 2011 masih lagi ada sistem ujian ni),keputusan jatuh drastik.memang jadi bualan guru-guru.Sebab??banyak main-main sedangkan masa tu tengah menyandang banyak jawatan(dulu sangat-sangat aktif.tak percaya p tnya mak abah haa).Sekali pencapaian drop.Selang berapa bulan,sekolah buka semula.bagi pelajar lepasan PMR macam kami memang kena berkumpul selepas perhimpunan.sebabnya,cikgu-cikgu nak bahagi kelas mengikut keputusan PMR tu..yang mana cemerlang,masuk la kelas Sains Tulen..yang mana memberansangkan tu,masuk kelas Akaun.Kelas Akaun saya taknak..sebab..Cikgu dia tu seramm..garang sihh..dia ajar akaun.Suara dia kalau dari bangunan sebelah pun boleh dengar.fuhhh..
kemudian,bila dah tengok seorang demi seorang keluar,saya ni dah mula gelabah.sebabnya tinggal saya ja yang dari kelas atas belum ditempatkan dalam mana-mana kelas lg..cuma tinggal peluang untuk masuk kelas Multimedia ja..tu ja harapan dan pilihan terakhir.Saya dengan berani ni,melangkah ke depan,tunjuk keputusan PMR tu..Cikgu suruh saya masuk 4Multimedia..huhh lega akhirnya.
dalam hati masa tu 
    
           "Mujoq lagi..kalau dak kena duduk kelas sains sosial.malu aku..dari kelas atas kena masuk kelas belakang !"

Mula pada saat tu lah saya nekad nak perubah.nak belajar betul-betul.saya dah taknak main-main lagi.sebab saya dah mula pikir pentingnya ilmu untuk masa depan.kalau tak lulus nanti mana saya pergi lepas ni?? apa nasib keluarga saya kalau saya tak bersungguh-sungguh pada masa tu?? Tak kesian dekat ayah yang berhempas pulas bekerja??


macam-macam bermain dalam fikiran masa tu..sampai sekarang alhamdulillah..

Image may contain: 1 person
gigih siapkan kerja sekolah..insaf.kamera kat depan dah x peduli..haha

nanti kita sambung di bahagian seterusnya iaitu semasa SPM!.. 

No comments:

Post a Comment