Assalamualaikum semua..Hai-3!!!😉
malam ni menulis lewat sikit sebab bagi laluan kepada assignment lain..haaa mesti semua dah tidur kan? It's okay..nanti siang boleh ja baca haa..
Entri kali ni kita nak sambung sikit lagi masa kita sekolah dulu-dulu..APA YANG TERPAKSA TU??
okay..cerita dia macam ni..Saya masuk kelas Multimedia sebab terpaksa dan lagi pun dah tak ada pilihan lain dah pun.sebenarnya,pada mula nya saya memang tak minat IT,design or what else..sebab saya tak suka tengok komputer lama-lama..sakit mata haa.tapi apa boleh buat,teruskan ja..sepanjang berada dalam kelas tu..boleh la..best la jugak sebabnya,kami banyak belajar buat production.saya memang suka production dan saya akan memilih untuk membuat skrip.Masa tu,dah pasang cita-cita nak jadi penulis skrip,takpun jadi pengarah haaaa..hahaha.Hobi tu diteruskan sampai la dah penghujung tingkatan 5..Then,result keluar.keputusan pun boleh laa..tak ada yang gagal pun.cuma agak kecewa sebab target tak tercapai.itu saja.niat dihati nak masuk maktab.nak jadi cikgu kononnya.akhirnya masuk tingkatan 6 ja.Maka,,,,di situ lah saya pilih untuk bersungguh-sungguh untuk dapatkan tiket masuk U.Masa tu tv pun memang tak tengok dah la..haha..pada saat tu lah otak ni lebih suka kepada benda teori.Dulu suka melukis,tapi hobi terhalang oleh abah sendiri.jadi,saya tinggal hobi tu.jadi budak baik pulak(Acah jaaa).skema pulak rasa bila asyik dengan buku.pi mana pun dengan buku.tapi tu laaa..setakat mana kita usaha,itu lah yang kita dapat.
Pesanan:
Jangan terlalu paksa diri untuk benda yang agak sukar untuk kita lakukan.Buat atas kemampuan diri..jangan ikut orang.Belajar selagi boleh.Ilmu Allah tu luas.teroka lah setakat mana mampu.
No comments:
Post a Comment